Terima Kelemahannya Dalam sesuatu perhubungan,sikap tolak ansur dan percaya antara satu sama lain adalah penting.
Itu merupakan kunci kepada kebahagiaan dalam hubungan bercinta.
Jika kepercayaan tersebut pudar,tanamkan semula perasaan itu agar ia tidak terus terpadam.
Belajarlah menerima kelemahan yg ada pd dirinya kerna cinta bukan hanya menuntut untuk menerima kelebihan dan kebolehan semata2.
Tanya semula pd diri sendiri,
"adakah aku bersedia sepenuhnya untuk membina komitmen?"
Cuba libatkan diri dlm aktiviti kegemarannya agar dia berasa lebih selesa untuk berkomunikasi.
4.Simpan Rahsia
Jangan sesekali mendedahkan atau menceritakan keburukan serta kelemahan pasangan kepada rakan2.
Bertanggungjawab dalam mengungkap perasaan kamu terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.
Cara begini dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan hubungan emosional kamu berdua.
Jujurlah dalam membina hubungan walaupun masih awal kerna ia mencerminkan peribadi kamu setelah mendirikan rumah tangga kelak.
5.Terima Seadanya
Ini merupakan perkara yg perlu di ambil kira dlm membina sesebuah hubungan.
Terima pasangan dengan niat hati yg ikhlas.
Segala kelebihan dan kelemahan yg ada pd dirinya,cuba jadikan ia sebagai perkara paling manis dalam hubungan.
Terima diri pasangan seadanya bukan hanya sewaktu bercinta,pd awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu,tetapi amalkan 'date night' sekali seminggu.
Ini akan menyemarakkan lg hubungan cinta kamu berdua.
6.Jadi Pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan
Cuba perhatikan dan memahami tingkah laku serta pemikirannya.
Apa yg penting ialah sentiasa mengambil berat setiap apa yg berlaku terhadap dirinya.
Ini dapat mengelakkan daripada pasangan kamu berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7.Beri Tumpuan Padanya
Untuk mencipta keadaan yg indah dalam hubungan,berikan tumpuan serta fokus pada setiap perkara dia katakan.
Adakalanya berlaku percanggahan pendapat tetapi haruslah selesaikandengan cara yg betul.
Jangan cepat melenting,cuba berbincang baik2 bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jika kedua2nya tidak mahu mengalah,ia nya akan memburukkan lagi keadaan.
8. Apabila Yg Lama Kembali
Sedang asyik bercinta,org yg pweenah bertakhta di hati kamu suatu masa dahulu tiba2 muncul.
Bagi kamu yg berhadapan dengan situasi begini mesti sukar utnuk diselesaikan,bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri untuk membuat keputusan secara mendesak.
Buatlah keputusan yg paling bijak dengantidak mencintainya lagi.
Lupakan segala sejarah silam dan kenangan yg pernah wujud antara kamu berdua.
Mulakan kehidupan dengan cinta yg baru..
9.Bukan Perigi Cari Timba
Dalam dunia serba moden ini,tiada lagi istilah 'perigi mencari timba'.
Untuk memiliki dan memelihara cinta sejati,wanita juga perlu memainkan peranan yg sama dengan lelaki.
Jangan hanya menunggu cinta yg tidak pasti sebaliknya berusahalah agar semuanya berjalan seperti yg di harapkan.
Tidak salah andainya awanita mencuba lebih dalam hubungan asalkan tidak keterlaluan sehingga si lelaki pula mengambil kesempatan.
Toleransi dan interaksi adalah di tuntut dalam sesebuah perhubungan.