Korang nie seorang pelupa ? Boleh jadi juga kemampuan otak korang untuk mengingati sesuatu sudah mulai menurun . Banyak perkara yg boleh jadi penyebab , selain daripada faktor usia . Tapi , semua boleh diatasi.
Sediakan kalendar
Tak ada salahnya memilih kalendar kuno berbentuk helaian kertas , supaya korang dapat tulis atau catat di lembaran - lembaran tersebut tentang apa ingin lakukan .
Buat jadual aktiviti
Berangan - angan sebelum tidur . merenung di pagi hari , atau menulis sesuatu di buku agenda juga dapat dilakukan untuk memelihara daya ingatan .
Buat catatan untuk mengingati hal penting
Melekatka catatan di pintu peti ais untuk mengingati nombor telefon siapa yg perlu dihubungi , atau menaruh nota di monitor komputer untuk mengingati tugas yg harus diselesaikan , juga baik dilakukan untuk memelihara daya ingat .
Hindari stress akibat kemarahan dan keletihan
Sesekali ambil nafas dalam untuk meredakan stress , atau fikirkan satu persatu persoalan yg harus segera diselesaikan . Memilih prioriti , amat baik untuk meringankan efek stres yg cukup menekannya .
Brain gym
Brain gym atau senaman otak dapat meningkatkan oksigen dan efek visual . Senaman dengan menggerakkan tangan kanan bersama - sama dengan kaki kiri , menundukkan kepala ke depan lalu memusingkannya ke kanan dan kiri , atau tangan kiri menyentuh pusat lalu kedua belah jari tangan kanan memicit tulang tengah tepat di dua lekukkan tulang selangka dan seterusnya dapat meningkatkan aktiviti otak dan memperbaiki daya ingat .
Mengisi teka silang kata
Mengisi permainan teka - teki silan yg memerlukan permainnya mengingat dan memengolah ingatan juga dapat memperbaiki daya ingat dan kemampuan konsentrasi .
Mengingati nombor telefon
Cuba mengingati nombor - nombor telefon penting , mahupun sanak saudara .